
NEW YORK: Penyokong pro- Israel dan perjuangan Palestin masing-masing bersaing antara satu sama lain mengadakan tunjuk perasaan di beberapa bandar raya Amerika Syarikat pada Ahad (8 Okt), susulan konflik yang telah membunuh ratusan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain.
Di New York City, pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan pro Palestin dan Israel berhampiran pekarangan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas sekumpulan besar penyokong Palestin berhimpun di Times Square.
Rakyat Amerika-Palestin turut berkumpul membantah di luar konsulat Israel di Atlanta dan Chicago. Bekas Speaker Dewan Rakyat AS, Nancy Pelosi pula mengetuai perhimpunan komuniti Yahudi untuk menyokong Israel di sebuah rumah ibadat di San Francisco.
Demonstrasi dan penglibatan pemimpin politik Amerika menunjukkan kesan yang meluas daripada konflik yang telah mendorong AS mengarahkan tentera laut dikerahkan ke Mediterranean Timur, bersedia untuk membantu Israel. Berikut ialah reaksi di seluruh negara itu:
NEW YORK – beberapa pemimpin politik pro-Israel
Di New York City, polis menelefon pejabat PBB ketika ramai penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul satu blok jauhnya dari situ, sambil melaung dan mengibarkan bendera Palestin dam sepanduk.
Penghalang logam menahan mereka di kaki lima ketika pegawai berusaha memisahkan mereka daripada kumpulan lawan di seberang jalan, beberapa mengibarkan bendera Israel.

Ketika beberapa penunjuk perasaan pro-Palestin keluar berarak, seorang lelaki yang menjerit dan membawa bendera Israel melintasi penghadang.
Pergaduhan singkat berlaku dalam kalangan orang ramai, dengan seorang lelaki merobek bendera Israel dan melemparkannya ke kaki lima, di mana orang ramai kemudian memijaknya. Polis segera memisahkan kedua-dua pihak.
“Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa apabila Palestin bangkit dalam penentangan, diaspora bangkit bersamanya,” kata Munir Atalla, dari Pergerakan Belia Palestin, sebelum pergelutan itu berlaku, lapor ABC News.
Di Times Square, media sosial sebelum ini menunjukkan penyokong Palestin berhimpun, dengan penghadang polis memisahkan orang ramai daripada kumpulan pro-Israel.

Kumpulan Pro-Palestin akhirnya berarak sambil melaungkan “Palestin bebas, bebaskan, hidup Palestin” dan “Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas” ketika pelancong dan penonton merakam gambar dan video senario di situ.
Gabenor New York, ahli Demokrat Kathy Hochul, mengutuk perhimpunan pro-Palestin yang dirancang dalam satu kenyataan pada malam Sabtu (7 Okt), melabekan sebagai ‘menjijikkan dari segi moral’. Beberapa pemimpin politik lain di New York juga dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan serupa.
ATLANTA – penyokong pro-Israel kibar bendera LGBTQ+
Di Atlanta, lebih 75 orang berdemonstrasi di konsulat Israel pada petang Ahad (8 Okt), melaungkan slogan menyokong Hamas dan menyeru agar bantuan AS dihentikan kepada Israel.

“Kami (menunjuk perasaan) di sini kerana kami fikir semua orang di Amerika Syarikat membiayai apartheid Israel,” kata Natalie Villasana, ahli Parti Sosialisme dan Pembebasan, Natalie Villasana. Dia berkata, bantuan ketenteraan A.S. lebih baik dibelanjakan untuk masalah di Amerika Syarikat, walaupun penunjuk perasaan juga berhujah bahawa tindakan Hamas dicetuskan oleh tindakan jahat Israel.
Seorang pelajar di Georgia Tech, Talia Segal pula datang sebagai penunjuk perasaan serampang dua mata, dengan membawa bersama bendera Israel yang dikelilingi dengan bendera pelangi simbil pergerakan LGBTQ+.
“Keganasan tidak pernah dibenarkan. Sasaran mereka adalah orang awam Israel,” kata Segal, yang merupakan seorang Yahudi dan berkata dia bimbang dengan nasib ahli keluarganya di Israel.

CHICAGO – Priscilla Reed sokong serangan Hamas terhadap Israel
Di Chicago, Priscilla Reed adalah antara ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin yang berhimpun di luar konsulat Israel.
Orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin atau memakai keffiyeh, iaitu selendang kotak-kotak hitam dan putih yang melambangkan perpaduan Palestin.
Laungan mereka, dalam bahasa Inggeris dan Arab, yang termasuklah berbunyi, “Netanyahu anda akan lihat, Palestin akan bebas!”
Reed, seorang pesara guru, berkata serangan oleh Hamas adalah sebagai tindak balas kepada ‘keganasan harian sistemik Israel terhadap rakyat Palestin’. – HARAKAHDAILY 9/10/2023




















