Mansor usaha tinjau 24 pusat undi DUN Kuala Ketil

Mansor Zakaria selepas membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri, Kuala Ketil,Baling, Kedah pada hari ini, 12 Ogos 2023.
- Advertisement -

BALING: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Mansor Zakaria memastikan kesemua pusat pengundian dapat dilawati sebelum ditutup jam 6 petang tadi. 

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil berkata, sehingga jam 2 petang, beliau telah berjaya meninjau 10 daripada 24 pusat pengundian yang disediakan. 

- Advertisement -

Mansor berkeyakinan DUN Kuala Ketil kekal berpihak kepada PN memandang momentum sokongan yang cukup baik.

“Saya  antara yang terawal membuang undi di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri, Kuala Ketil,” kata ahli PAS yang memenangi DUN berkenaan pada PRU14 lalu.

Pada Pilihan Raya (PRN) kali ini, Mansor bertanding mempertahankan DUN  Kuala Ketil  berdepan dengan pencabarnya, Suriati Che Mid (PH). – HARAKAHDAILY 12/8/2023

- Advertisement -