
SIK: Sanggup menolak tawaran pekerjaan di Arab Saudi dan Qatar, demi komited menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Kedah.
Begitu nekad dan tekad Shabudin Md Nor, abang kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata, beliau sanggup berkorban demi memberi undi kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam PRN kali ini.
“Sepatutnya saya sudah berangkat ke Arab Saudi dan Qatar Rabu lalu, tapi kerana perjuangan, saya tunaikan tanggungjawab saya hari ini untuk mengundi,” katanya.
Terdahulu, beliau dan ahli keluarga membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru, Beris Jaya, Sik.
Menurutnya, selain beliau, 12 adik-beradiknya yang lain termasuk Muhammad Sanusi akan membuang undi di pusat pengundian yang sama.
Shabudin,57, mula dikenali khususnya dalam kalangan pengguna media sosoal apabila gambar rumahnya tular di media sosial.
Rumah banglo berharga hampir RM1 juta itu didakwa pihak tertentu kononnya milik abangnya, Muhammad Sanusi.
Sedangkan pembiayaan mendirikan banglo tersebut adalah atas usaha kerjayanya sebagai penyelam laut dalam dan langsung tidak melibatkan bantuan kewangan Menteri Besar Kedah berkenaan. – HARAKAHDAILY 12/8/2023




















