‘Penyokong Umno jangan jadi ‘kain buruk’ DAP’

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

SHAH ALAM: Penyokong Umno diseru menyokong Perikatan Nasional (PN) di Selangor dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) 2023 yang akan diadakan tidak lama lagi, agar tidak  menjadi ‘kain buruk’ DAP.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti Umno-Barisan Nasional (BN) hanya dijadikan ‘kain buruk’ untuk ‘mengelap kaki’ DAP yang merupakan salah satu parti dalam kerajaan madani ketika ini.

- Advertisement -

“Percayalah kita sedang berdepan dengan musuh yang amat lemah pada saat ini. Semalam (kelmarin, 23 Jun), bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’.

“Tony Pua juga menyebut bahawa kalau mereka (Pakatan Harapan) ada kekuatan, mereka akan membentuk kerajaan tanpa BN. Ertinya apa? Bagi pandangan DAP, BN hanya ‘kain buruk’ untuk mengelap kaki (DAP) ketika ‘basah’.

“Apakah bahasa saya kasar? Itu cuma kiasan. Saya tak nak bermusuh dengan ahli-ahli Umno. Yang menjadi masalah ialah Umno di peringkat atasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Perikatan Nasional Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Ideal, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden Perikatan Nasional, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu; dan Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut Ahmad Fadhli, ada juga kenyataan DAP yang boleh dipersetujui apabila secara terang-terangan Tony Phua melabelkan Umno-BN sebagai korup. 

“Saya nak tanya kawan-kawan Umno tidak malukah nak undi DAP di Selangor? Maknanya apa? Maknanya kamu (Umno) tunggu masa hendak dibuang ke longkang,” tegasnya.

“Ketika PN sedang mengadakan konvensyen malam ini (malam tadi), Pakatan Harapan (PH) juga mengadakan ceramah di  Dataran Shah Alam, dan baru sebentar tadi Umno Selangor kata, mereka tak terlibat dengan jelajah madani pada malam ini ( malam tadi).

“Kerana apa? Kerana pertama, mereka tak dijemput untuk nak bincang bersama di majlis (ceramah PH itu).Yang kedua, jemputan itu sekadar untuk hadir semata-mata 

“Itu sebelum PRN 2023….maknanya apa? Maknanya ialah kamu (Umno) tunggu masa hendak dibuang ke longkang, selepas daripada ini,” katanya. 

Terdahulu, Tony Phua yang  juga bekas Ahli Parlimen Damansara ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kelmarin (23 Jun) dilaporkan, telah menyuarakan harapan supaya PH  dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga menggesa Pengerusi PH  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN. – HARAKAHDAILY 25/6/2023

- Advertisement -