Perancis kutuk tindakan Israel serang Gaza

Orang ramai mengusung jenazah salah seorang rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada 9 Mei 2023. (FOTO: AP)
- Advertisement -

GAZA: Perancis mengutuk serangan udara terbaharu tentera Israel di Semenanjung Gaza pada awal pagi Selasa (9 Mei) yang telah mengorbankan 13 nyawa termasuk empat kanak-kanak, empat wanita, sementara 20 yang lain tercedera.

- Advertisement -

Kementerian Luar dalam kenyataannya pada Rabu (10 Mei)  menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di Gaza dan mengingatkan Israel tentang kewajipannya untuk melindungi orang awam dan menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, lapor AP.

Beberapa negara dan badan serantau telah mengutuk serangan udara itu termasuk Jordan, Mesir, Qatar, Türkiye dan Liga Arab.

Sekurang-kurangnya 123 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan bersenjata Israel sejak awal 2023 berbanding hanya 19 warga Israel maut dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama. – HARAKAHDAILY 10/5/2023

- Advertisement -