YB PAS cemerlang di mata rakyat

- Advertisement -

SITUASI semasa kemarau beberapa tempat di Rantau Panjang melibatkan tindakan segera Ahli Parlimen Rantau Panjang menggunakan pelbagai kaedah mendapatkan air untuk rakyat adalah sebahagian contoh kebijaksanaan dan kesungguhan pemimpin PAS dalam membantu rakyat.

Inilah kesan sekatan bantuan air oleh Persekutuan bermula penarikan semula peruntukan bagi projek BAKU 1990 di Kelantan dan sekatan-sekatan bantuan selepas itu dan malangnya diteruskan oleh kerajaan hari ini.

Cybertroper PH-BN tidak perlu meloncat di dahan yang rapuh dalam isu ini, dikhuatiri jatuh bersekali pokok.

Memperkecil usaha pimpinan negeri membantu rakyat ditindas Kerajaan Persekutuan yang terus-terusan berdendam politik adalah langkah sadis yang memualkan.

YB-YB PAS, teruskan usaha membantu rakyat dan ternyata kita tidak salah memberikan undi. 

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 8/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -