RTB Belimbing Api: Kisah sedih yang akhirnya dimurnikan

- Advertisement -

RANCANGAN Tanah Berkelompok (RTB) untuk tapak rumah di Belimbing Api Jabi antara yang menjadi mangsa selepas pertukaran Kerajaan Negeri tahun 2004. 

Peserta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelumnya akhirnya dinafikan untuk mendapatkan geran hak milik masing-masing. 

Rumah rakyat yang telah dibina juga berdepan tindakan perobohan. 

Lama kes tanah RTB ini berada di mahkamah bila peserta RTB mengambil tindakan memanjangkan kes ini ke mahkamah untuk menuntut hak.

Setelah pertukaran Kerajaan Negeri PRU 2018, kita terus ambil tindakan untuk mengembalikan hak kepada yang berhak dengan pemberian geran hak milik. 

Mana-mana peserta yang telah meninggal, ia diberikan kepada waris terdekat. 

Alhamdulillah, semuanya telah diselesaikan dalam tempoh kurang 2 tahun selepas PRU 2018. 

Bermula pagi semalam, pihak JUPEM memulakan kerja-kerja menanam ‘batu ttaro’ lot-lot tanah bagi pengeluaran Final Title (FT).

Sebelum ini, kawasan tanah RTB ini telah diceroboh dengan kegiatan curi tanah tanpa penguatkuasaan. 

Permukaan tanah yang bertukar menjadi kolam ini telah dipulihkan semula untuk dijadikan tapak rumah. 

Kerosakan yang ditinggalkan telah berjaya dibaik pulih sepenuhnya. 

Rakyat Jabi bertanggungjawab di hadapan Allah untuk memastikan ‘kerosakan’ ini tak berulang lagi di hari depan.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 8/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -