Yaman, Houthi sedia tukar ratusan tahanan esok

Rakyat Yaman menyambut saudara mereka yang dibebaskan semasa pertukaran tahanan, di Taiz, Yaman pada 29 Sept 2021. (FOTO FAIL: AFP)
- Advertisement -

AL-MUKALLA: Pihak bertelagah di Yaman dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menyelesaikan persiapan untuk operasi pertukaran tahanan selama tiga hari, yang akan bermula pada esok, Khamis (13 Apr).

Anggota delegasi kerajaan Yaman untuk rundingan pertukaran tahanan, Majed Fadhail berkata ICRC telah menyelesaikan mesyuarat dan mengesahkan nama-nama banduan Houthi yang bakal dibebaskan, lapor Arab News.

“Pesawat ICRC akan mula memindahkan berpuluh-puluh tahanan kerajaan Yaman pada hari Khamis ini, termasuk bekas Menteri Pertahanan,Mohammed Al-Subaihy dan saudara bekas presiden Nasser Mansour Hadi, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa yang dikuasai Houthi ke Aden.

“Pesawat itu kemudiannya akan terbang kembali ke Sanaa, membawa lebih 200 puak Houthi,” ujar Fadhail. 

- Advertisement -

Pada hari kedua dan ketiga pula, tambahnya, pesawat ICRC akan mengangkut tahanan dari Sanaa, termasuk banduan dari gabungan negara Arab dan empat wartawan, ke lapangan terbang Marib, Aden, dan Mokha Yaman, serta lapangan terbang Abha dan Riyadh Arab Saudi, dan akan memulangkan tahanan Houthi dari lapangan terbang tersebut ke Sanaa.

Pada bulan lalu, kerajaan Yaman dan Houthi mencapai persetujuan, yang disaksikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland untuk menukar lebih 800 tahanan, termasuk empat wartawan dalam barisan yang dihukum mati, selain tokoh-tokoh politik dan tentera ternama.

Awal bulan ini, Houthi bersetuju dengan cadangan perjanjian damai dengan wakil Saudi dan Oman untuk menukar semua tahanan dengan kerajaan Yaman, membuka jalan raya di bandar Taiz yang terkepung, dan berhenti menyerang kemudahan minyak di selatan Yaman yang dikawal kerajaan Yaman.

Ia adalah sebagai pertukaran untuk menarik balik sekatan di Lapangan Terbang Sanaa dan pelabuhan Hodeidah’, selain kerajaan Yaman berkongsi hasil minyak dengan Houthi, dan membayar pekerja awam di kawasan yang mereka kuasai.

Pemerhati di Yaman mengatakan bahawa Houthi, yang telah lama menentang cadangan perjanjian damai dan menuntut untuk menamatkan kepungan mereka ke atas Taiz, secara tiba-tiba mengubah pendirian dalam usaha damai kerana takut kehilangan sokongan rakyat Iran  terdahulu berdamai dengan Saudi.

Secara berasingan, Misi PBB untuk Menyokong Perjanjian Hodeidah telah merekodkan 17 orang awam terkorban pada bulan Mac akibat letupan periuk api dan sisa letupan perang di pelbagai daerah yang dikuasai Houthi di wilayah barat Hodeidah.

Lakaran peta menunjukkan kawasan yang dikuasai Houthi dan kerajaan Yaman yang merupakan negara bersempadan dengan Arab Saudi dan Oman. (FOTO: Geopolitical Monitor)

Pemerhati PBB berkata periuk api membunuh lapan orang awam, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak, dan mencederakan sembilan yang lain di daerah Al-Hali dan At Tuhayta, Hodeidah, mewakili peningkatan 21 peratus dalam kematian manusia di wilayah itu berbanding bulan yang sama tahun lalu dan Penurunan 19 peratus berbanding Februari 2023.

Mereka menambah bahawa antara Mac 2022 dan Mac 2023, 99 rakyat Yaman terbunuh dan 209 cedera dalam periuk api dan insiden letupan lain di wilayah Hodeidah.

Pelombong Yaman dan lain-lain daripada program ranjau yang dibiayai oleh Saudi mengatakan bahawa beratus-ratus orang awam Yaman telah terbunuh dan ratusan cedera dalam letupan periuk api di seluruh negara dan bahawa Hodeidah adalah wilayah Yaman yang paling terjejas, di mana Houthi telah menanam beribu-ribu periuk api sejak enam tahun sebelumnya. 

sebuah kumpulan yang menjejaki korban ranjau darat awam di negara itu, Yemeni Landmine Records pula berkata pada bulan ini bahawa periuk api yang diletakkan Houthi dan sisa-sisa bahan letupan perang telah membunuh sekurang-kurangnya 349 rakyat Yaman dan mencederakan 523 di 11 wilayah Yaman sejak Januari tahun lalu.

Sementara itu, Unit Eksekutif Kem IDP kerajaan Yaman berkata bahawa 5,018 orang, atau 1,209 keluarga, telah dipindahkan dari rumah dan khemah mereka di Marib, Shabwa, Hodeidah, dan Taiz pada Mac akibat pertempuran sporadis antara kerajaan Yaman dan Houthi. – HARAKAHDAILY 12/4/2023

- Advertisement -