100 hari Anwar: Harapan Malaysia musnah

- Advertisement -

“DIA setiap hari ada kenyataan konon hendak buat macam-macam tetapi keadaan kekal seperti itu juga kerana dia cuma pandai bercakap sahaja.” -Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri

- Advertisement -

Selepas hampir 3 dekad menanti, pada 24 November 2022 lalu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya dinobat sebagai Perdana Menteri.

Sejak dilantik, pelbagai kenyataan telah dibuat oleh beliau dengan kata-kata dusta bersalut pujangga.

Anwar sememangnya terkenal dengan ucapannya yang berbisa. Mana mungkin rakyat lupa laungan Anwar yang sejak dahulu lantang mengkritik kerajaan.

Selepas 100 hari ini, ternyata prestasi kerajaan Anwar langsung tidak seperti yang dibayangkan mahupun yang beliau ucapkan.

“Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup,” demikianlah ucapan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Selepas 100 hari ini, rakyat masih menghadapi masalah yang sama. Kos sara hidup masih tinggi. Krisis ekonomi tetap menghimpit masyarakat. Janji-janji tidak ditunaikan. Kestabilan politik juga gagal dicapai. 

Langsung tiada sebarang solusi tuntas yang dikemukakan.

Yang ada hanya pujian kepada kluster mahkamah, sangkaan buruk kepada PERIKATAN NASIONAL, saman-menyaman dan tindakan-tindakan populis yang tidak menguntungkan negara.

Sehingga pada hari ke-102 ini, Anwar masih sibuk bercakap dan menabur janji walaupun janji-janji lama pun belum ditunaikan.

Mungkin ada baiknya Anwar diam seketika dan banyakkan bekerja membawa perubahan besar kepada negara. Rakyat tidak akan kenyang dengan tebu yang ditanam di tepi bibir Anwar.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 8/3/2023

- Advertisement -