
MASIH segar dalam ingatan tepukan gemuruh Ahli-ahli Dewan Rakyat PH-BN apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengenai bayaran ujian memandu yang akan ditanggung oleh kerajaan.
https://bit.ly/41UrNWH
Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, Anthony Loke, Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa beliau terkejut bayaran ujian memandu itu diberi percuma.
“Saya baru mendapat berita ini. Mekanisme terperinci akan diumumkan nanti.”
“Saya belum pasti berapa ramai yang akan terima manfaat dan jumlah peruntukan.”
Tidak kurang juga ramai rakyat yang terkejut dan keliru dengan terma ‘bayaran ujian memandu’ tersebut namun tetap teruja kerana akan dibantu.
Satu minggu kemudian, Menteri Pengangkutan memaklumkan pula bahawa kerajaan tidak akan menanggung semua golongan B40 yang mahu mendapatkan lesen kenderaan seperti yang disebut oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX).
“Yang pertamanya, bukan kita dapat tanggung untuk semua…sudah tentu kita tidak dapat tanggung semua.”
“Yang dimaksudkan ialah mungkin kita ada program, inisiatif di mana kita memberikan bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40…”
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/487745653398465/
Aneh apabila perancangan Belanjawan yang dibentang Anwar dibuat tanpa perbincangan bersama Menteri di dalam Kabinet beliau.
Bertambah aneh apabila apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri berbeza dengan Menteri.
Akhirnya, rakyat menjadi mangsa. Ditipu berkali-kali sehingga akademi-akademi memandu juga mula bersuara keliru dengan kerajaan.
Boleh sahaja Perdana Menteri berterus terang dalam ucapan beliau bahawa peruntukan itu hanya untuk golongan bersasar dan bukannya menggunakan ayat yang mengelirukan di dalam Dewan Rakyat.
Alangkah baiknya jika kerajaan dapat mengambil contoh daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang telah dilaksanakan sejak 2019.
Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Terengganu sehingga sekarang terus bergerak menunaikan janji manifesto untuk memberi lesen motosikal percuma ini.
Mana-mana rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu boleh membuat permohonan LMTS 2023 secara online di http://idana.terengganu.gov.my atau secara manual dengan berurusan di mana-mana Pusat khidmat DUN.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Nmh3bQbSty9fqxa1tbcoVbfAKJzjzwv1J5sCag85HuuWm65DRKtuHcVTJgSUKBKPl&id=100064900145924
Sekian
USTAZ MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda PAS Terengganu – HARAKAHDAILY 8/3/2023




















