Gempa bumi 6.0 magnitud gegar selatan Filipina

Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegarkan selatan Filipina pada 7 Mac 2023. (FOTO: USGS)
- Advertisement -

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda selatan Filipina pada Selasa (7 Mac), dan pihak berkuasa tempatan memberi amaran tentang gegaran susulan dan kemungkinan kerosakan harta benda.

- Advertisement -

Badan Kajian Geologi AS (USSG) berkata, gempa bumi cetek itu berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan (0600 GMT), beberapa kilometer dari perbandaran Maragusan di wilayah pergunungan Davao de Oro di pulau Mindanao, lapor AFP.

Gempa bumi cetek cenderung menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding gempa bumi yang lebih dalam, tetapi tidak ada laporan segera yang disahkan mengenai kerosakan besar.

Seorang pekerja di pejabat bencana Maragusan memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa sedang menyemak laporan mengenai tanah runtuh di lebuh raya negara.

“Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa lain, tetapi sedang memeriksa kampung-kampung di sekitar bandar ini,” tambahnya yang enggan memberikan namanya.

“Gempa itu berlarutan kira-kira 30 saat dan diikuti dengan gegaran susulan,” kata Koperal Stephanie Clemen, dengan polis di bandar Tagum, kira-kira 40km dari Maragusan.

“Walaupun gempa itu nampaknya tidak memusnahkan apa-apa, Clemen berkata, ia cukup kuat untuk “menimbulkan ketakutan,” ujarnya

Phoebe Alberto dan rakan-rakannya yang berada di pejabat  di perbandaran New Bataan, bersebelahan dengan Maragusan ketika gempa bumi itu berkata, mereka bertindakan melarikan diri keluar dari bangunan ketika ia bergegar.

“Kami masih meneliti sebarang  kerosakan pada bangunan kami, jika ada,” kata Alberto.

Gempa bumi adalah kejadian harian di Filipinayang terletak di sepanjang ‘Lingkaran Api’ atau ‘Ring of Fire’  Pasifik, sebuah arka seismik yang kuat serta aktiviti gunung berapi yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai oleh manusia, tetapi gegaran yang kuat dan merosakkan harta benda datang secara rawak tanpa teknologi tersedia untuk meramalkan bila dan di mana ia akan berlaku.

Pejabat pertahanan awam  Filipina kerap mengadakan latihan simulasi senario gempa bumi di sepanjang garis sesar aktif; yang mana kali terakhir gempa kuat melanda negara itu adalah pada Oktober tahun lepas di utara Filipina.  – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -