Ahli Parlimen perit setiap kali banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani wajib memberi keutamaan terhadap pemberian peruntukan mangsa banjir kepada Ahli Parlimen yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang terjejas.

Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berkata, kawasannya di Kelantan adalah antara kawasan yang sangat terjejas akibat banjir setiap tahun.

- Advertisement -

“Ahli Berhormat yang mungkin baru kali pertama menjadi Ahli Berhormat, tahu betapa peritnya berdepan dengan banjir dan begitulah kami, apa lagi kalau tidak diberi peruntukan.

“Mana mungkin kita boleh beri perkhidmatan yang terbaik. Sebab itulah, saya sudah empat penggal di Dewan (Rakyat) ini, setiap kali banjir terpaksa berhutang untuk rakyat,” katanya ketika perbahasan usul tergempar mengenai bencana banjir di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada mangsa banjir di Johor, Pahang dan Melaka yang turut terputus bekalan makanan akibat banjir. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -