Ronaldo raikan Hari Penubuhan Saudi

Cristiano Ronaldo turut mengambil bahagian dalam persembahan tradisional, Ardah sempena Hari Penubuhan Arab Saudi di Riyadh pada 22 Feb 2023. (FOTO: Twitter/(@AlNassrFC)
- Advertisement -

RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan Hari Penubuhan Arab Saudi dengan memakai pakaian tradisional negara itu bersama rakan sepasukannya dari kelab Al-Nassr.

- Advertisement -

Muncul dalam video yang disiarkan oleh akaun Twitter rasmi Al-Nassr FC pada Rabu, waktu tempatan, pemain bola sepak tersohor dunia itu dilihat sedang meminum kopi sambil memakai pakaian tradisional Saudi, thobe yang berwarna putih 

“Ia merupakan pengalaman istimewa untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Penubuhhan negara Arab Saudi bersama-sama Al-Nassr FC,” tweet Ronaldo.

Beliau juga dilihat pada lewat Rabu tersebut menggayakan sejenis lagi pakaian tradisional Saudi, daglah berwarna biru laut dan bercetak emas di atas thobe.

Ronaldo meraikan Hari Penubuhan Arab Saudi bersama-sama rakan pasukan Al-Nassr FC dengan menggayakan pakaian tradisional, daglah. (FOTO: Twitter/@AlNassrFC)

Thobe ialah pakaian labuh penuh, biasanya berlengan panjang, seperti gaun yang dipakai oleh lelaki di Saudi dan dianggap sebagai pakaian kebangsaan negara  itu.

Ronaldo dan rakan sepasukannya dilihat menikmati persembahan tradisional Ardah, lengkap dengan pedang dan nyanyian, dan beliau juga dilihat menari dengan bendera Saudi tersarung di bahunya.

Minggu lalu, ibu Ronaldo, Maria Dolores dos Santos Aveiro yang datang ke Saudi, menyiarkan gambar dirinya di Instagram bersama cucunya, Cristiano Jr., yang memakai baju thobe, yang mana imej itu menggembirakan peminat Ronaldo di Saudi.

Hari Pengasas Saudi disambut di negara Islam terkemuka itu pada setiap 22 Februari. – HARAKAHDAILY 23/2/2023

- Advertisement -