
ISU Perdana Menteri hadir ke negeri pembangkang ikut pintu belakang adalah perkara biasa bagi Negeri Kelantan di era pentadbiran Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hanya selepas 17 tahun di era Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertama kali selepas 17 tahun Almarhum dijemput secara rasmi sepentas dengan Perdana Menteri.
Tiba-tiba penganut PH dan pengampu Perdana Menteri ke-10 melantun kononnya Menteri Besar Terengganu tak menghormati tetamu yang hadir. Rupanya penganut PH benar-benar buta protokol.
Walau kunjungan dari Perdana Menteri sekalipun sekiranya tiada jemputan Rasmi Kehadiran dari Pejabat Perdana Menteri. Menteri Besar dan para Exco tidak boleh sesuka hati menyondol.
Difahamkan kehadiran Perdana Menteri ke-10 ke Terengganu untuk bertemu Pengarah-pengarah dari Jabatan Persekutuan bukan Kerajaan Negeri.
Tidak timbul isu berbangkit tuan rumah tidak hormati tetamu sedangkan tetamu hadir pun tidak ikut seni santun sepatutnya.
Tidak pelik jika Perdana Menteri ke-10 ingin kembalikan semangat Federalisme sebagaimana zaman BN menyantuni Kelantan belasan tahun dahulu sebagaimana ingin kembalikan JPP pada negeri pembangkang.
Hayati pantun sinis Tok Guru buat Perdana Menteri Tun Abdullah di majlis perasmian ECER.
Makan sirih berpinang tidak,
Buah keranji atas perahu,
Singgah tidak, kenang pun tidak,
Sampai hati buat-buat tak tahu.
AKHI MAL – HARAKAHDAILY 13/1/2023




















