Juruterbang remaja lakukan pendaratan cemas di jalan raya

Pesawat satu enjin yang dipandu seorang remaja berusia 18 tahun melakukan pendaratan kecemasan di El Cajon Boulevard, San Bernardino, California, Amerika Syarikat pada 2 Jan 2023. (FOTO: KCBS/KCAL/Inland News)
- Advertisement -

SAN BERNARDINO: Seorang juruterbang remaja yang menerbangkan pesawat satu enjin dengan membawa beberapa ahli keluarga termasuk neneknya, telah melakukan pendaratan cemas berhampiran lebuh raya dua lorong di Hutan Negara San Bernardino di California.

- Advertisement -

Kejadian yang berlaku itu membabitkan remaja berusia 18 tahun, Brock Peters yang baru memperoleh lesen penerbangan empat bulan lalu, lapor KCBS/KCAL.

“Ketika dalam penerbangan, saya mendengar bunyi ledakan kecil sebelum kehilangan semua kuasa enjin pesawat yang dipandu saya itu,” ujar remaja berkenaan yang mendaratkan pesawat itu di jalan raya El Cajon Boulevard di hadapan Cajon Pass.

El Cajon Boulevard ialah jalan besar timur-barat melalui San Diego, La Mesa dan El Cajon, California, manakala Cajon Pass merupakan laluan gunung di antara Pergunungan San Bernardino di timur dan Pergunungan San Gabriel di barat di California Selatan. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan  (FAA) dalam kenyataannya kepada CNN pula mengesahkan bahawa sebuah pesawat kecil jenis Piper PA-28 dengan empat orang di dalamnya mendarat sejurus sebelum jam 10 pagi waktu tempatan, pada  Isnin di El Cajon Boulevard.

Brock Peters berazam untuk kembali menerbangkan pesawat kecil pada minggu depan. (FOTO: KCBS/KCAL/Inland News)

Peters sedang menerbangkan pesawat itu dengan membawa neneknya dan dua sepupunya dari Lapangan Terbang Apple Valley ke Lapangan Terbang Riverside  apabila enjin pesawat itu gagal berfungsi, dan disebabkan faktor muka bumi yang bergunung-ganang itu, dia gagal menghubungi menara lapangan terbang berdekatan.

“Saya boleh mendengar nenek menangis ketakutan di kerusi belakang pesawat. Namun saya berfikir bahawa saya perlu menenangkannya, dan fokus pada apa yang perlu saya lakukan bagi mendaratkan pesawat yang dipandu saya  dengan selamat dan pastikan nenek dan dua sepupu tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Menurut FAA yang bakal melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian itu, Peters berjaya mendaratkan pesawat  itu dengan selamat dengan kesemua penumpangnya tidak cedera merancang untuk kembali menerbangkan pesawat pada minggu depan. – HARAKAHDAILY 4/1/2023

- Advertisement -