
RIYADH: Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa penduduk negara itu menjauhi lokasi yang berkemungkinan berlaku ribut petir dan hujan lebat yang dikhuatiri berisiko boleh mencetuskan banjir kilat.
Amaran Pertahanan Awam itu datang bersama-sama dengan pengumuman mengenai kemungkinan ribut petir berterusan di kebanyakan wilayah Arab Saudi dari Khamis (29 Dis) hingga Sabtu (31 Dis) ini, lapor Saudi Gazette.
“Makkah, Madinah, Riyadh, Asir, Qassim dan Al Baha akan terjejas oleh hujan sederhana hingga lebat,” ujar kenyataan Pertahanan Awam.
Kenyataan itu menyatakan bahawa Wilayah Timur, Najran dan Jazan mungkin terjejas oleh hujan ringan hingga sederhana.
“Semua orang harus berhati-hati dengan potensi risiko dalam cuaca hujan sebegitu, dan jauhkan diri dari tempat di mana ribut petir dan hujan bakal muncul.”
“Justeru, orang ramai dikehendaki k mematuhi arahan yang diumumkan Pertahanan Awam melalui media rasmi dan laman web untuk memastikan keselamatan daripada potensi bahaya cuaca ekstrem berkenaan,” tambah kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 30/12/2022




















