Tuan Ibrahim ketuai Adun PN Pahang angkat sumpah

- Advertisement -

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cheka yang juga Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai 17 Adun PERIKATAN NASIONAL mengangkat sumpah pada persidangan penggal pertama DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

- Advertisement -

Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang mengangkat sumpah selepas Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 Exco berbuat demikian.

Selepas beliau, disusuli Adun Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan diikuti semua ADUN PERIKATAN NASIONAL mengangkat sumpah.

Sebelum itu, bekas Adun Lanchang, Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua DUN.

Wan Rosdy mengemukakan usul melantik Mohd Sharkar dan disokong Exco, Dato’ Seri Mohd Soffi Abd Razak manakala ADUN Bilut, Lee Chin Chen sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, PERIKATAN NASIONAL dan Barisan Nasional masing-masing memenangi 17 kerusi DUN sementara Pakatan Harapan 8 kerusi. – HARAKAHDAILY 29/12/2022

- Advertisement -