Letupan kereta pengebom berani mati: Anggota polis maut

Kereta yang ditahan polis dalam keadaan mencurigakan tiba-tiba meletup di Islamabad, Pakistan pada 23 Dis 2022 (FOTO: India Today)
- Advertisement -

ISLAMABAD: Letupan sebuah kereta di ibu negara Pakistan, Islamabad yang dikatakan oleh pihak berkuasa angkara pengebom berani mati telah menyebabkan seorang pegawai polis dan terbunuh dan beberapa yang lain mengalami kecederaan.

- Advertisement -

Satu kenyataan yang dibuat pihak polis Islamabad berkata, pihak keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga dan pemeriksaan sedang dijalankan apabila sebuah kereta yang mencurigakan meletup pada Khamis (23 Dis) ketika polis cuba menghalangnya, lapor Anadolu Agency.

“Ketua konstabel, Adeel Hussain telah mati syahid dalam serangan itu,” ujar kenyataan tersebut, yang mengesahkan pengebom berani mati berkenaan turut maut.

Sementara itu, DawnNews melaporkan bahawa polis mengesahkan letupan itu berlaku di luar sebuah klinik di kawasan I-10 di ibu kota berKenaan.

Rakaman televisyen yang disiarkan di pelbagai saluran berita menunjukkan bangkai kenderaan dengan kontinjen anggota penguatkuasa di lokasi kejadian. – HARAKAHDAILY 23/12/2022

- Advertisement -