PAS perlu calon yang mampu mengisi kemenangan

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS perlu memperhalusi agenda tarbiyah supaya dalam masa yang singkat kita dapat menyediakan beberapa perkara penting bagi memastikan kemenangan parti Islam. 

Perwakilan PAS Perlis, Dr Saifizi Saidon berkata, tarbiyah perlu perlu dilaksanakan mengikut suasana yang berlaku pada hari ini, khususnya membantu meningkatkan lagi kefahaman anak-anak muda kepada politik Islam.  

“Tak cukup dengan kita sekadar menyampaikan Islam itu secara umum, tetapi seluruh organ parti yang terlibat dalam agenda tarbiyah misinya bersama supaya nilai politik dan kefahaman politik Islam dapat sampai kepada masyarakat. 

“Terutamanya kepada generasi yang makin jauh untuk memahami apakah di sebalik politik itu sendiri khususnya politik Islam. Tarbiyah yang perlu kita ukur juga ialah tarbiyah yang bakal melahirkan kepimpinan masa hadapan.  

“Tarbiyah ini kena selaras untuk kita melahirkan para YB ataupun calon-calon pilihan raya yang winnable, yang mampu menawan hati kita mahu beri tarbiyah ini dapat melahir golongan bukan sekadar amanah tetapi mempunyai kemampuan dan kemahiran untuk mengisi kemenangan Islam,” ujarnya. 

Beliau menegaskan perkara tersebut ketika membahas Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor di Kompleks PAS Kedah, di sini sebentar tadi. 

Menurutnya, ketika para perwakilan tertumpu membahas calon untuk menang, penting untuk berbincang mengenai calon bakal mengisi kemenangan yang perlu dipersiapkan menerusi tarbiyah. 

Tegas beliau, ia untuk PAS mentadbir negara satu hari nanti di mana dilihat bukan sahaja kepada kandungan tarbiyah, tetapi juga kumpulan-kumpulan serta pendekatan yang diadakan. 

“Ini supaya maklumat politik Islam ni dapat sampai pada masyarakat dengan baik dan mantap kerana approach ini sangat penting kerana untuk memastikan maklumat yang akan kita sampaikan dengan tepat,” ujarnya. 

Beliau menggesa memberi perhatian serius kepada aspek pengurusan PRU15 menerusi perancangan dan idea yang dikendali atau diselaraskan dengan baik sekali. 

Dr Saifizi juga mengingatkan mengenai Undi18 yang memerlukan PAS mendekati anak muda dengan pelbagai wadah. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -