
SETELAH meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.
Larangan ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”
(al-Furqan: 72)
Maksud al-zur menurut Ibn Kathir adalah perayaan orang-orang kafir. Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 6/130.
Perayaan hantu lapar Cina ke hantu Korea ke Jepun ke hantu raya ke atau apa jua hantu-hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau bekap mekap tebal seinci. Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama.
Penganut Hindu yang warak tidak pula beriya-iya nak menyertai upacara korban kita sebagai Muslim dan kita sebagai Muslim pula tidak menyindir mereka yang tidak menyertai kerana kita faham itu prinsip agama mereka.
Tak pernah pula saya jumpa penganut Kristian yang warak beriya-iya menyertai upacara membawa Kavadhi dan berarak dalam Thaipusam dan tidak pula penganut Hindu yang alim menyindir penganut agama lain yang tidak sertai mereka.
Mereka faham prinsip agama masing-masing dan tidak beriya-iya menyertai perayaan mahupun pesta agama lain.
FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 9/6/2022
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044182431632/posts/582080296608046/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.




















