Vadja kini bukan lagi jurulatih Djokovic

Marian Vadja (kiri) banyak berjasa membantu menaikkan karier Novak Djokovic (kanan) dalam dunia tenis global. (FOTO AFP)
- Advertisement -

MELBOURNE: Novak Djokovic kini tidak lagi menggunakan khidmat Marian Vajda sebagai jurulatihnya, menamatkan salah satu perkongsian tenis yang paling bertahan dan berjaya dalam dunia tenis global.

Vajda dari Slovakia banyak membantu kejayaan Djokovic sepanjang 15 tahun kariernya sebagai pemain tenis unggulan dunia dengan meraih 20 gelaran Grand Slam dan 361 minggu sebagai pemain ranking teratas.

- Advertisement -

“Marian (Vadja)  telah berada di sisi saya semasa detik paling penting dan tidak dapat dilupakan dalam karier saya,” kata Djokovic di laman webnya.

“Kami bersama-sama  kami telah mencapai beberapa perkara yang luar biasa dan saya sangat berterima kasih atas persahabatan dan dedikasi beliau  sejak 15 tahun lalu.

“Beliau akan sentiasa menjadi ahli keluarga saya  dan saya tidak boleh tidak untuk berterima kasih atas semua yang dia telah lakukan dalam karier tenis saya,” tulisnya dalam laman web tersebut yang turut menyatakan keputusan itu dicapai selepas Djokovic menyertai Pusingan Akhir ATP di Turin, Itali pada hujung tahun lepas.

Sementara Vadja dalam kenyataannya berkata, sepanjang 15 tahun menjadi jurulatih Djokovic, dia berasa bertuah melihat perkembangan pemain Serbia itu sehingga bergelar pemain nombor dunia dalam sukan tenis. 

“Saya akan mengimbau kembali masa kamibersama dengan rasa bangga yang amat sangat dan saya sangat bersyukur atas kejayaan yang telah kami capai bersama-sama.

“Saya kekal sebagai penyokong nombor satu Novak (Djokovic) di dalam dan di luar gelanggang tenis dan menantikan perkembangan dan cabaran baharu yang akan dihadapinya,” ujar Vadja.

Djokovic bagaimanapun kehilangan ranking nombor satu dunianya kepada Daniil Medvedev dari Rusia pada minggu ini selepas mengalami kekalahan mengejut 6-4 7-6(4) kepada pemain kelayakan Czech, Jiri Vesely dalam suku akhir Kejohanan Tenis Dubai.

Pemain berusia 34 tahun itu juga tidak dapat mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia pada Januari 2022 dan terlepas peluang bagi bersaing untuk merebut rekod Grand Slam ke-21 selepas diusir dari Australia  kerana tidak mendapatkan vaksin Covid-19.

Sehubungan itu, saingan Djokovic, pemain Sepanyol, Rafa Nadal memenangi kejohanan  tersebut dan merangkul rekod Grand Slam ke-21 berkenaan. – Reuters

- Advertisement -