Rakyat Maghribi protes bantah kenaikan harga barang

Orang ramai menaikkan sepanduk ketika berkumpul di hadapan parlimen dalam protes membantah kenaikan harga barang di Rabat, Mahgribi pada 20 Februari 2022. (FOTO AFP)
- Advertisement -

RABAT, MAHGRIBI: Bantahan tercetus di beberapa bandar di Maghribi pada Ahad (20 Feb) ketika orang ramai berhimpun menentang kenaikan harga di negara itu dan untuk memperingati ulang tahun kesebelas demonstrasi yang menuntut pembaharuan.

Di ibu negara Rabat, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengecam kos barangan asas yang tinggi dan melaungkan slogan mengimbas kembali ‘Pergerakan 20 Februari’.

- Advertisement -

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan gerakan pro-reformasi dan anti-rasuah tercetus daripada kebangkitan Arab Spring yang menggegarkan Timur Tengah pada tahun 2011 dengan puluhan orang ramai berhimpun di Casablanca dan Tangiers.

Musim kemarau yang turut menjejaskan ekonomi Maghribi menyebabkan penduduk negara itu juga merasai tekanan daripada kos harga bahan api yang tinggi.

“Kira-kira 3.8 bilion dirham (lebih RM1.67 bilion) diperlukan untuk subsidi tepung sahaja pada tahun 2022,” ujar seorang pegawai kementerian ekonomi Maghribi. – AFP

- Advertisement -