
KUALA LUMPUR: Kerajaan sangat mengalu-alukan kerjasama strategik semua pihak, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.
Ini, katanya untuk memastikan bantuan yang disediakan kerajaan sampai kepada rakyat memerlukan dan seterusnya membangunkan negara sebaik-baiknya.
Beliau menyatakan demikian menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.
Menurutnya, walaupun hari ini adalah cuti umum, namun beliau berbesar hati menerima kunjungan penggerak DUN Bukit Besi, Dungun
“Walaupun hari ini cuti umum, kami sangat berbesar hati menerima kunjungan mahabbah dari penggerak DUN Bukit Besi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Tambahnya, sesi perkongsian dua hala itu diharapkan dapat menyebarluaskan maklumat tepat mengenai perkhidmatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk manfaat rakyat terbanyak.
Rombongan daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Terengganu itu diketuai oleh Ghazali Sulaiman yang juga Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi. – HARAKAHDAILY 4/11/2021




















