Tazkirah 24 jam tanpa henti cipta rekod Malaysia Book of Record

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bersempena Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, 19 Okt 2021 bersamaan tanggal 12 Rabiulawal 1443 dalam bulan hijrah Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) buat julung-julung kali menganjurkan program Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti mengenai Sirah Nabawiyyah Nabi Muhammad SAW, bermula jam 9 malam ini hingga 11 malam esok.

Berpandukan konteks sirah lengkap sepertimana yang dibukukan dalam kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, program ini akan menyajikan pelbagai topik dan pengisian mengenai sirah kenabian Baginda Muhammad SAW.

- Advertisement -

Apa yang membanggakan, program ini bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Record sebagai siaran langsung diskusi Islamik tanpa henti yang paling lama pernah disiarkan.

Pengisian program ini padat dengan pelbagai topik berkisar tentang Baginda Nabi Muhammmad SAW antaranya berjudul, Masyarakat Arab Jahiliyah Sebelum Kemunculan Muhammad, Nasab Keturunan Nabi Muhammad, Rumahtangga Rasulullah, Peristiwa Berdarah Sehingga Allah Izinkan Peperangan dan banyak lagi.

Takzirah secara langsung selama sehari ini akan dijayakan oleh pentazkirah yang terdiri daripada barisan ilmuan terkenal negara seperti Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree, Dr Robiah K Hamzah, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, Ustaz Haryanto Rizal Rokman, Imam Muda Fakhrul, PU Azihal Bangsawan dan ramai lagi!

Takzirah yang cukup bermanfaat ini boleh diikuti orang ramai melalui saluran Facebook LIVE di laman Facebook rasmi YADIM secara percuma. – HARAKAHDAILY 18/10/2021

- Advertisement -