Belanjawan 2022: Fokus kebajikan rakyat

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membawa kelainan yang disesuaikan mengikut keadaan semasa dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini.

Timbalan menterinya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, melalui Belanjawan 2022 itu juga bantuan secara bersasar sebagai instrumen utama akan diberikan kepada kumpulan asnaf selain mementingkan soal kebajikn kakitangan yang bernaung di bawah agensi agama.

- Advertisement -

“Kita bawa beberapa kelainan disesuaikan dengan norma baharu dan lebih menjaga soal kebajikan rakyat, kakitangan yang bernaung di bawah agensi agama.

“Dan paling penting bantuan lebih bersasar kepada kumpulan asnaf akan terus kekal sebagai instrumen utama dalam pembentangan Bajet 2022. Apapun kita tunggu pada 29 Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatan kerja program outreach rakan setia komuniti Orang Kena Pengawasan (OKP) dadah di Kampung Gong Tengah, Pengkalan Chepa, hari ini.

Dalam perkembangan lain katanya, melalui Yayasan Wakaf Malaysia satu peruntukan telah diberikan bagi proses pemulihan golongan bekas penagih.

Jumlah itu membabitkan sebanyak 20,000 bagi membantu seramai 130 penerima sebagai usaha kerajaan nagi membasmi dadah di negara ini.

“Bantuan ini disediakan oleh Yayasan Wakaf Malaysia senagau sebahagian usaha kerajaan bagi membasmi dadah kerana ia merupakan musuh nombor satu negara selaian menjadiakan kawasan target dari zon merah kepada zon hijau,” katanya.

Malah katanya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sendiri telah peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pastikan pencegahan dan rawatan pemulihan serta program susulan kepada bekas penagih dapat dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 9/10/2021

- Advertisement -