
Oleh AIZAL SAMSARUDDIN
SANDAKAN: Senyuman terukir di wajah penerima sumbangan. Itulah gambaran kegembiraan golongan asnaf yang telah menerima manfaat daripada sumbangan PAS Kawasan Sandakan berbentuk pek barangan dapur yang diedarkan di sekitar daerah ini, kelmarin.
Sumbangan pek barangan dapur itu telah diedarkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan hasil sumbangan orang ramai yang turut prihatin dengan nasib sebilangan rakyat yang susah dan kehilangan sumber pendapatan.
Yang Dipertua PAS kawasan, Sahar Abdul Majid berkata, pihaknya akan sentiasa komited membantu mereka yang memerlukan dengan kemampuan yang ada.
Tambahnya, ukiran senyuman yang terpampang di wajah para penerima sudah cukup memberikan rasa puas hati petugas parti itu kerana dapat membantu meringankan beban pendapatan mereka.
Seorang penerima, Puan Murni Kasim, 40, mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Sandakan yang prihatin dengan nasib mereka khususnya ketika menghadapi ujian pandemik Covid-19
Turut hadir dalam program kali ini ialah Ketua Penerangan PAS kaswasan, Mustaman Mustain serta beberapa orang ahli jawatankuasa lajnah kebajikan. – HARAKAHDAILY 4/20/2021




















