Pengecualian dan penanggguhan bayar sewa untuk penghuni PPR

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - NOVEMBER 10, 2018 : People's Housing Program or PPR is low cost house project by government.
- Advertisement -

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terjejas akibat pandemik Covid-19 mendapat pengecualian dan penangguhan membayar sewa antara tujuh hingga 21 bulan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Dr Ismail Abd Muttalib, berkata pengecualian pembayaran sewa selama tujuh bulan (Mac hingga September 2020) diberikan kepada 3,636 unit PPR Disewa dan Rumah Transit di bawah pengurusan KPKT, iaitu PPR Lembah Subang 1 (3,004 unit rumah) dan Rumah Transit Bukit Jalil (632 unit rumah)

- Advertisement -

Katanya, penangguhan pembayaran sewa selama 21 bulan (Mac 2020 – Disember 2021) pula diberikan kepada PPR Sewa Untuk Dimiliki (RTO) di bawah pengurusan KPKT yang melibatkan 10 projek PPR.

“PPR berkenaan ialah Sentul Murni (500 unit), Lembah Subang 2 (842 unit), Kampung Hassan (176 unit), Ladang Siliau, Port Dickson (113 unit), Tok Suboh (231 unit), Amanjaya (208 unit), Kota Setar (500 unit), Sinar Intan 3 (80 unit), Gua Musang (1,000 unit) dan PPR Kota Bharu (1,000 unit).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Ismail berkata, pengecualian serta penangguhan bayaran sewa dan bulanan bagi perumahan awam dan PPR lain yang di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tertakluk kepada budi bicara PBN dan PBT berkenaan.

Selain itu, katanya KPKT mencadangkan skim bantuan bayaran rumah sewa (rental voucher) bagi membantu golongan B40 yang terjejas dengan pembiayaan sewaan rumah, terutama ketika pandemik COVID-19.

Beliau berkata, skim ini sedang diperhalusi dan akan diumumkan sebaik sahaja mendapat kelulusan Kerajaan.

“KPKT juga sedang meneliti inisiatif baharu untuk terus membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 melalui beberapa program seperti Rumah Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (IKRAM) yang bertujuan untuk menawarkan kediaman baharu (1,000 unit) kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat sumber pendapatan yang terjejas.

“Melalui Jendela PPR, kerajaan akan menyediakan Pusat Internet Komuniti di PPR terpilih bagi memberikan capaian internet percuma untuk merancakkan industri perniagaan dalam talian. Program PPR Selamat pula memberi pengiktirafan kepada PPR yang penghuninya telah mencapai kadar vaksinasi penuh (80 peratus dan ke atas),” katanya. – HARAKAHDAILY 4/10/21

- Advertisement -