Jaga keselamatan walau banjir mula surut

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

PADANG SERAI:
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan, Pembasmian Kemiskinan dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali melawat mangsa banjir di Dun Merbau Pulas.

Menurut beliau, tiga hari lalu beberapa kampung di sekitar Dun Merbau Pulas dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat.

- Advertisement -

“Kampung Merbau Pulas salah satunya. Penduduknya dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS). Walaupun semalam paras air sungai semakin surut, namun penduduk dinasihatkan menjaga keselamatan memandangkan arusnya agak deras,” kata beliau ketika meninjau lokasi banjir, semalam.

Kelmarin seramai 27 penduduk dari 10 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Pulas.

Beliau juga berharap penduduk di lokasi berlaku banjir lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sempena lawatan itu Adun Merbau Pulas turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Beliau turut menziarahi mangsa-mangsa banjir di PPS SK Merbau Pulas. – HARAKAHDAILY 1/10/2021

- Advertisement -