Kenapa kerajaan tak buat PKP penuh?

- Advertisement -

TIADA siapa boleh menafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan PKP penuh seperti pernah dilaksanakan kali pertama pada tahun lalu adalah cara terbaik mengekang COVID-19. Namun, kesan ekonomi akibat pelaksanaan PKP penuh sangat besar kepada negara dan rakyat. Bahkan ekonomi negara hampir runtuh sehingga beratus bilion diperlukan untuk memulihkan keadaan.

Pelaksanaan PKP 1.0 dulu menyebabkan kerajaan rugi RM2.4 bilion sehari dan ramai orang kehilangan pekerjaan. Untuk memulihkan semula keadaan, kerajaan terpaksa membelanjakan RM340 bilion. Ini bermakna, PKP 1.0 boleh menyebabkan kerugian sehingga setengah trilion ringgit kepada negara. 

- Advertisement -

Apabila PKP penuh ditamatkan mungkin sistem ekonomi negara sudah runtuh sepenuhnya. Ini membahayakan negara dan rakyat seluruh. PKP penuh mendatangkan kemudaratan besar kepada negara dan rakyat. Ia juga mengambil masa lama untuk dipulihkan. 

Semasa pelaksanaan PKP 1.0 68 peratus perniagaan tiada jualan dan tiada hasil semasa. 42.5 peratus perniagaan memerlukan tempoh masa melebihi 6 bulan untuk dipulihkan. 2 daripada 3 perniagaan menanggung tunggakan hutang dalam tempuh 6 bulan.

Di atas dasar kebertanggungjawaban inilah, maka kerajaan mengambil keputusan:

1. Untuk tidak melaksanakan PKP penuh.
2. Membuka sektor ekonomi dengan memperketatkan SOP.
3. Mengurangkan mobiliti sosial.

Tindakan ini diambil bagi mengimbangi keselamatan nyawa rakyat dan kelangsungan ekonomi. Justeru, kerajaan telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan membuat keputusan terbaik bagi mengimbangi kepentingan nyawa dengan memperketatkan SOP.

Manakala bagi menjaga kelangsungan ekonomi, kerajaan membenarkan sektor ekonomi beroperasi. Tanggungjawab rakyat pula mesti mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan dan rakyat saling memerlukan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -