Kaum Cina bertuah hidup aman damai di Malaysia

- Advertisement -

BERTUAH saya dapat bersua muka dengan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara atas talian. Saya membawa saksi bahawa, pihak YB Tuan Guru tidak meminta soalan-soalan daripada saya untuk tujuan penyediaan, dan Tuan Guru telah menjawab semua soalan daripada kami semua. 

Bila tersentuh mengenai Kerajaan Islam sedunia dalam forum ini, saya mengundangkan pandangan bahawa agama Islam adalah agama yang suci. Cumanya dalam sejarah, terdapat orang yang memperalatkan agama dan melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima.

- Advertisement -

Di Malaysia, formulanya bukannya agama sahaja. Kesejahteraan dan kebahagiaan orang minoriti di Malaysia adalah Islam campur Melayu. Islam – suci, adil, saksama. Melayu – penyayang, penerima. Minoriti bukan-Islam di Negara Islam yang lain, tidak menerima layanan yang baik seperti minoriti di Malaysia.

Kami dapat kewarganegaraan, boleh mengundi, kerajaan belanja lebih sebilion setahun untuk Sekolah Bahasa Ibunda saya, boleh jadi Menteri, Ketua Menteri , YB-YB tanpa halangan. Yang tak erti bersyukur, yang kerap mengatakan ditindas, mentaliti mereka adalah berperangai sebagai warga Republik Rakyat China, ataupun ‘Raykat’.

ULASAN APEK CINA – HARAKAHDAILY 11/3/2021

https://www.facebook.com/674810622880986/posts/1325303484498360/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -