PRK KKB: ‘Ahli Umno jangan undi parti DAP’

Noh Omar
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Bersempena dengan ulang tahun Umno yang ke-78 pada 11 Mei esok, ahli parti itu digesa agar tidak mengundi parti DAP dalam  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Mantan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, DAP merupakan parti yang membuatkan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu sentiasa terancam. 

- Advertisement -

“Esok 11 Mei, hari kelahiran Umno. Hari itu juga tuan-tuan mengundi di KKB. Takkanlah orang Umno nak pangkah DAP? Kalau saya takdelah, jijiklah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program Ceramah Perdana Perikatan Nasional di Batang Kali, di sini lewat malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tambah Noh, beliau menggesa pengundi-pengundi di KKB menguatkan perpaduan di dalam PN yang bukan sahaja boleh memimpin bangsa Melayu, tetapi juga semua bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain yang akan bersama-sama dengan PN. 

“Sudah terbukti hari ini orang Melayu sudah bertukar kapal, bukan dengan UMNO lagi. Sebaliknya dengan Perikatan Nasional,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/5/2024

- Advertisement -