Keputusan PRK KKB 9 malam: 32 peratus sudah mengundi 

Azmi Sharom
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Sebanyak 32.51 peratus pengundi berdaftar telah selesai mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Kecil (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, keputusan rasmi PRK DUN KKB dijangka diketahui seawal jam 9 malam ini; dan jangkaan itu dibuat berdasarkan perjalanan proses pengundian yang lancar dan teratur. 

- Advertisement -

Menurutnya, semua kertas undi sudah dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

“Kita menjangkakan keputusan diperoleh selepas jam 9 malam dan harapnya sebelum perlawanan bola jam 10 malam.

“Kita yakin proses penjumlahan berjalan lancar dan cepat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu, di sini, tadi.

Azmi berkata, sehingga jam 11 pagi tadi, peratus keluar mengundi mencapai 26 peratus.

Sementara itu, SPR turut mengingatkan para majikan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada hari ini.

“Hal demikian, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/5/2024

- Advertisement -