‘Haram’ jika ahli PAS tak keluar mengundi PRK KKB

Takiyuddin dalam sidang media selepas menghadiri Ceramah Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ampang Pecah, Selangor lewat malam tadi, 6 Mei 2024.
- Advertisement -

HULU SELANGOR: “‘Haram’ bagi ahli PAS tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) Sabtu (11 Mei) ini.”

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataanya itu bukan satu fatwa, sebaliknya ia merupakan satu penegasan beliau yang menuntut agar kesemua ahli PAS di KKB untuk keluar mengundi. 

- Advertisement -

“Kalau Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sebut Fardhu Ain. Sama lah tu Fardhu Ain dengan haram kalau kita tak buat,” jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau menuntut agar pengundi-pengundi di KKB memilih calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut pada PRK 11 Mei ini.

“Jika ada pengundi yang di luar kawasan, mereka perlu berusaha untuk balik seboleh mungkin. Jika mereka tidak dapat untuk balik, kita akan bawa mereka balik (ke KKB),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Ceramah Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ampang Pecah, di sini lewat malam tadi.

Ketika ditanya tidakkah arahan itu akan menimbulkan salah faham, beliau berkata, “Tidak ada, sebab dalam Perlembagaan PAS ada menyebut bahawa arahan daripada parti adalah salah satu yang perlu dipatuhi.

“Tak mematuhi arahan itu satu pelanggaran disiplin. Jelas dalam perlembagaan PAS.” – HARAKAHDAILY 7/5/2024

- Advertisement -