Halang, siasat cubaan ganggu gugat ketenteraman negara 

Wan Ahmad Fahysal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu memainkan peranan menyeluruh bagi menghalang dan menyiasat sebarang cubaan mengganggu gugat ketenteraman dan perpaduan rakyat di negara ini antaranya yang menyentuh berkaitan agama Islam.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, ia berkaitan dengan isu baru-baru ini telah tular berkenaan penjualan ‘alas kaki’ yang mempunyai imej Kaabah di salah satu pasar raya di Batu Bahat, Johor.

- Advertisement -

Menurutnya, isu ini telah menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia sekali lagi kerana tindakan penjualan barangan tersebut dilihat menghina agama Islam yang menjadikan Kaabah sebagai arah hala solat, serta ia adalah salah satu komponen Kota Suci Makkah yang menjadi tempat ibadah buat semua umat Islam.

“Meskipun pihak pengurusan pasaraya tersebut telah mengeluarkan kenyataan jawapan kekhilafan perkara ini, tetapi Armada Bersatu Malaysia berpandangan bahawa perkara asas berkenaan pemahaman Islam perlu diambil serius. 

“Kesilapan seumpama ini tidak sepatutnya berlaku jika para petugas pengurusan dan inventori peka dan cakna terhadap urusan operasi pasar raya.

“Armada Bersatu Malaysia memuji tindakan pantas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas dan menyiasat perkara ini,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan.

“Beliau berharap agar perkara ini dapat dihentikan dan peranan penting perlu dimainkan oleh setiap pihak untuk tidak melangkaui batasan dalam menyentuh perkara berkaitan agama Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/4/2024

- Advertisement -