KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat telah mengisytiharkan Islam sebagai musuh baharunya dan berkempen politik dengan pelbagai cara mengenainya sejak awal 1990-an selepas kejatuhan Soviet Union.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Muhammad Mujahid Ir Mohammad Fadzil berkata, pelbagai wacana dan dialog yang mereka adakan untuk membincangkan hal ini.
“Setelah berdialog, dan berwacana, mereka menerbitkan kajian-kajian bagaimana untuk menghadapi Dunia Islam. Maka, lahirlah kempen-kempen politik yang dianjurkan oleh Amerika pada hari ini,” katanya melalui media sosial miliknya, hari ini.
Menurutnya, sejak Perang Dunia Kedua, AS sebagai kuasa besar sering berusaha untuk memastikan mereka kekal berkuasa.
“Justeru, mereka perlu konsisten ‘berkempen’ untuk memastikan pengaruh mereka kekal berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Secara umumnya, ada kempen yang dilakukan melalui filem-filem dan mendoktrin seolah-olah Amerika penyelamat bumi daripada ‘alien’ (makhluk asing).
“Ada juga kempen melalui pertubuhan-pertubuhan yang ditaja, agar membawa aspirasi mereka ke negara-negara di seluruh dunia. Ada juga kempen melalui buku, komik, watak superhero (adiwira), dan macam-macam lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/4/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!