Rusia kerah tentera sekat serangan Israel di Syria

Tentera Rusia ketika berada di Syria pada tahun 2015. (FOTO FAIL: The New Arab)
- Advertisement -

GOLAN: Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu memaklumkan negaranya telah mengerahkan tentera tambahan di Golan Heights atau Golan yang dikawal oleh Syria, kawasan di mana Israel  mendakwa ia telah meningkatkan serangannya sejak beberapa bulan lepas.

Pasukan yang dikerahkan itu adalah daripada Tentera Polis Rusia, ditugaskan di wilayah bersempadan dengan Palestin, Lubnan, Jordan dan Syria yang menyaksikan ketegangan yang  semakin memuncak iaitu Quneitra dan Daraa, di samping memantau gencatan senjata yang telah lama berlaku sejak perang saudara Syria.  

- Advertisement -

Menurut Kementerian itu lagi, pusat penempatan ketenteraan milik Syria akan diletakkan di bawah menara tinjau milik Rusia, sebagai persiapan untuk sebarang kemungkinan provokasi Israel yang berlaku di kawasan berkenaan, lapor Middle East Eye.

Keputusan Rusia untuk mengerahkan tentera di Golan Heights itu dibuat selepas ia mengecam serangan yang dilakukan Israel terhadap bangunan konsulat Iran di Syria pada Isnin lepas. 

Rusia dalam pada itu, melalui kenyataan jurucakapnya, Dimitry Peskov, mendesak agar negara haram Israel menghentikan tindakan yang dianggap ‘langsung tidak boleh diterima’ itu sambil meminta agar mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mengenai serangan itu diadakan segera.

“Serangan (Israel) sedemikian telah melanggar kesemua asas undang-undang antarabangsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/4/2024

- Advertisement -