Skandal pembelian 16.1 juta saham HeiTech Padu 

Isham Jalil
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia digesa mengadakan siasatan mengenai isu  pembelian 16.1 juta saham HeiTech Padu oleh Farhash Wafa Salvador.

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, terdapat beberapa artikel telah melaporkan perkara tersebut melalui sebuah syarikat bernama Rosetta Partners dalam internet dan media massa secara meluas yang mana pembelian saham syarikat tersebut dalam linkungan RM40 juta.

- Advertisement -

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, terdapat beberapa artikel telah melaporkan perkara tersebut melalui sebuah syarikat bernama Rosetta Partners dalam internet dan media massa secara meluas yang mana pembelian saham syarikat tersebut dalam linkungan RM40 juta.

“Berdasarkan laporan berita, HeiTech Padu adalah salah satu daripada tiga syarikat yang baru-baru ini telah disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 billion, yang mana Farhash ialah rakan rapat kepada Perdana Menteri sendiri dan ahli-ahli politik dalam kerajaan pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Farhash juga telah memegang beberapa jawatan politik dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana terdapat kemungkinan berlakunya salah laku undang-undang mengenai pembelian, masa pembelian, sumber dana, dan pengisytiharan pemilikan saham syarikat tersebut.

“Antaranya ialah bertentangan dengan Seksyen 188 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007 berkenaan dengan dagangan orang dalam (Insider Trading) dan Seksyen 369 Akta yang sama berkenaan dengan penyerahan kenyataan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia,

“Terdapat kemungkinan juga bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan undang-undang lain yang berkaitan di negara ini seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2021 dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau menyatakan pentingnya membuat siasatan mengenai pembelian saham tersebut kerana melibatkan dasar kepentingan awam memandangkan sebanyak RM 1 billion jumlah dana awam terlibat dalam kontrak tersebut.

Tambah beliau, ini adalah supaya amalan-amalan seperti rasuah, kronisme, nepotisme dan seumpamanya tidak dilakukan dalam pentadbiran negara ini.

“Saya sebagai rakyat yang prihatin ingin melihat negara ini bebas daripada rasuah, kronisme dan nepotisme dengan adanya tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sama ada melalui pencegahan atau punitif terhadap jenayah kolar putih yang mana saya berharap suatu hari ini akan menjadi kenyataan.

“Maka, saya berharap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara ini, dan saya mengucapkan terima kasih atas khidmat anda kepada negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -