Belanja pengurusan hospital berbeza jawatan perubatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) menyatakan bahawa item perbelanjaan Pengurusan Hospital sepatutnya tidak melibatkan penambahan penjawatan kekal perubatan yang telah diluluskan pada tahun sebelumnya.

Beliau sehubungan itu bertanya kepada Menteri Kesihatan sama ada sumber RM100 juta yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan juga berkait dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain dalam pengurusan hospital itu sendiri.

- Advertisement -

“Saya melihat bahawa sumber mana daripada kelulusan-kelulusan penjawat-penjawat pegawai perubatan yang telah dilantik daripada kontrak kepada tetap?”

“Adakah memerlukan peruntukan-peruntukan pada ketika itu ataupun sumber daripada yang lain?” soalnya ketika mencelah penggulungan Menteri Kesihatan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 bagi Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan tambahan itu RM100 juta terkait dengan perintah gaji minimum dan tidak terkait dengan perbelanjaan lain.

Kata beliau, segala perbelanjaan yang dilakukan telah diambil kira emolumen (gaji) dan tidak terkait sedikitpun dengan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengurusan hospital.

“Sebanyak perbelanjaan RM116.4 juta yang digunakan untuk perkara tersebut,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2024

- Advertisement -