
KUALA LUMPUR: Hospital Dungun yang tertangguh sekian lama dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai Ogos 2024.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata beliau menerima jawapan secara bertulis daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni semalam.
“Alhamdulillah kita telah mendapat maklum balas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan status pembinaan Hospital Baru Dungun.
“Menerusi surat berkenaan, juga Lukanisman memaklumkan, Jabtan Kerja Raya (JKR) telah melantik kontraktor penyelamat dan sehingga 15 Februari 2024 kemajuan fizikal projek telah mencapai 89 peratus berbanding jadual 87 peratus iaitu mendahului jadual sebanyak dua peratus, projek ini dijadualkan siap pada 2 Mei 2024,” katanya.
Wan Hassan berharap dengan tarikh baru ini, Hospital Dungun dapat beroperasi dengan sepenuhnya. – TRDI.my
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!