Kes penipuan polisi insurans mesti diatasi kerajaan

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan syarikat insurans sentiasa bertanggungjawab ke atas setiap polisi yang telah dikeluarkan kepada pelanggan, demikian gesa Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh).

Beliau meminta Kementerian Kewangan menyatakan usaha bagi mengelakkan penipuan dilakukan oleh syarikat insurans kepada pelanggan yang menjadi mangsa.

- Advertisement -

“Berapakah jumlah syarikat ataupun agen insurans yang melakukan penipuan seperti takaful palsu ataupun tidak berlesen?

“Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim insurans takaful untuk menghadapi risiko luar jangka seperti bencana ataupun banjir?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian dalam soalan asal Dato’ Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan langkah-langkah diambil untuk memastikan syarikat insurans bertanggungjawab atas polisi dikeluarkan.

Serta, tidak menggunakan pelbagai helah enggan membayar pampasan apabila berlakunya sesuatu musibah termasuk menggunakan peruntukan klausa pengecualian hinggakan tujuan pembelian insurans dinafikan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Bank Negara akan memantau dari semasa ke semasa sekiranya terdapat syarikat insurans palsu atau produk yang tidak memenuhi mengikut terma dan syarat telah dituntut.

Katanya, pelanggan boleh membuat aduan di pautan laman sesawang Bank Negara sekiranya penipuan tersebut itu berlaku.

“Syarikat insurans akan selalu memantau dengan teliti sekiranya berlaku sebarang malapetaka terhadap pelanggan,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -