8 lokasi berisiko berlaku kebakaran di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti lapan kawasan berisiko berlaku kebakaran di Kelantan ekoran cuaca panas yang melanda sekarang.

Lokasi terbabit iaitu belukar, lalang, hutan dan tempat-tempat pelupusan sampah.

- Advertisement -

Ketua Pengarah JBPM Dato’ Nor Hisham Mohammad berkata, taburan hujan berkurangan sehingga menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini.

Katanya, sebanyak 12,032 kes kebakaran direkodkan dari Januari hingga April lalu melibatkan kebun, ladang, hutan, belukar, lalang dan sampah di seluruh negara.

“Kes tertinggi melibatkan kebakaran belukar atau lalang iaitu sebanyak 8,570 kes diikuti hutan (1,511 kes), sampah (1,395) dan kebun atau ladang (557),” katanya pada kenyataan.

Menurutnya juga antara kawasan yang berisiko berlaku kebakaran iaitu Kampung Baru Beris Lalang di Pasir Puteh), Jalan Pondok Kampung Gong Lapan (Pasir Puteh), Kampung Kulim (Pasir Puteh).

Selain itu Jalan Gual Mesa (Rantau Panjang), Kampung Gual Ketereh (Rantau Panjang) dan Perumahan Asnaf Al-Kahtiri (Pasir Mas).

Sebelum ini media melaporkan, Malaysia dijangka mengalami cuaca panas hingga Julai hadapan susulan peralihan Monsun Timur Laut dan fenomena el Nino yang melanda dunia. – HARAKAHDAILY 6/5/2024

- Advertisement -