Sabah, Sarawak menanti impak Inisiatif Bitara

Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekolah di Sabah dan Sarawak antara negeri yang amat menantikan impak dari Program Inisiatif Bitara Madani diperkenalkan oleh kerajaan.

Senator Hussin Ismail berkata, sekolah di Sabah dan Sarawak mempunyai sasaran besar dari program tersebut dan tempoh penyiapan amat dinantikan oleh dua negeri itu.

- Advertisement -

“Kita berbicara tadi tentang Plan-Do-Check-Act (PDCA) dan perkara besar yang disebutkan sebagai Program Inisiatif Bitaran Madani. Setakat ini, apa status dan progres pelaksanaan Program Inisiatif Bitaran Madani ini dalam kerangka pembangunan sekolah di seluruh negara?

“Saya juga ingin mendapat penjelasan sebenarnya berapa jumlah sasaran sekolah yang disasarkan dan kemudian berapa yang sudah disiapkan mungkin, baki itu apakah mampu disiapkan di hujung tahun ini?

“Sebab saya fikir macam disebut angka untuk Sabah dan Sarawak merupakan satu sasaran yang sangat besar dan tempoh penyiapan itu tentu amat dinantikan oleh semua sekolah-sekolah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan soalan tambahan kepada soalan asal beliau kepada Perdana Menteri berkaitan pendekatan PDCA yang diaplikasikan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) untuk menyelesaikan satu-satu projek melibatkan sekolah daif di negeri berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, pihaknya berusaha menyelesaikan isu berkenaan terutama sekolah-sekolah daif termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Sebenarnya tujuan kerajaan adalah untuk menyelesaikan semua perkara-perkara yang dihadapi oleh sekolah-sekolah daerah terutamanya, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Itulah sebab baru-baru ini di mana tahun dulu sahaja di bawah Ketua Setiausaha Negera (KSN), di mana beliau sendiri mengambil tindakan supaya koordinasi sekolah-sekolah yang terlibat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -