AUKU: Kerajaan kini khuatir suara mahasiswa?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) menyifatkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak asing kepada kerajaan kini yang ketika sebagai pembangkang dahulu memperjuangkan kesan-kesan buruk akta itu terhadap mahasiswa.

Beliau berkata, kesan buruk akta tersebut akan memberi kesan negatif terhadap kebebasan mahasiswa untuk memberikan sokongan, menganggotai dan bergabung dengan pertubuhan di luar kampus.

- Advertisement -

“Akta ini juga mencipta budaya takut dalam kalangan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam gerakan mahasiswa yang juga menyebabkan beberapa badan mahasiswa dengan gerakan mahasiswa dan penurunan mahasiswa dalam aktiviti politik di luar kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti Pindaan 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dahulu menurutnya, Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim begitu lantang bersuara dan memperjuangkan bahawa akta ini adalah sebagai satu penganiayaan terhadap mahasiswa di Malaysia.

“Namun pada 7 April lalu, mengapa Anwar Ibrahim berkata sebaliknya ketika sesi temubual bersama majlis perwakilan pelajar (MPP) di Universiti Teknologi Mara (UiTM)?

“Sesetengah orang kata batalkan AUKU ini, saya tidak fikirkan ia sesuai, ini antara kata-kata Yang Amat Berhormat Tambun, adakah kerana dapat menimbulkan sikap khuatir kerajaan terhadap mahasiswa di Malaysia?

“Jika mereka menyuarakan pendapat mereka terhadap keburukan dan kelemahan ketara yang sedang berlaku dalam Malaysia boleh menyebabkan kejatuhan identiti kerajaan terhadap antarabangsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -