Ekonomi digital, pelaburan digital diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai status perkembangan ekonomi digital dan pelaburan digital dari dalam dan luar negara sama ada masih meneruskan dasar yang dirangka oleh kerajaan lalu Perikatan Nasional (PN) pada tahun 2019.

Dato’ Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata, kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah bagi menjadi pemangkin terhadap agenda transformasi dan pertumbuhan digital.

- Advertisement -

“Saya pernah bahas masalah ini tahun lalu, untuk pelaburan dalam bentuk digital dan luar negara, kalau yang umum itu memang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Tetapi dua Kabinet sebelum Kabinet sekarang ini untuk digital ekonomi dan digital investment itu dilaksanakan melalui kerjasama MITI dan MDEC, adakah dasar ini diteruskan?” soalnya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengucapkan terima kasih kerana kepentingan ekonomi digital dibangkitkan malah memuji keputusan tersebut bagi memberi sedikit kepada agensi dibawah Kementerian Komunikasi itu untuk bekerjasama dengan MITI.

MDEC merupakan agensi dibawah Kementerian Digital diberi amanah bagi pembangunan dan promosi ekonomi digital serta memainkan peranan penting mendorong agenda transformasi digital, memupuk inovasi dan pertumbuhan dalam sektor digital selain menarik pelaburan.

“Untuk kita lihat bagaimana kita boleh menarik pelaburan digital dari luar negara dan saya fikir YB masih ingat kita ada program game dalam MDEC, program itu masih diteruskan dan ianya telah pun berjaya, itu adalah program diwujudkan sejak 2019.

“Ianya bergerak dan we can see the return i can give you the detail secara bertulis later,” katanya merujuk kepada matlamat dalam kerjasama itu bagi mencapai matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. – HARAKAHDAILY 14/3/2024

- Advertisement -