Kelantan sasar 1,000 usahawan tani menjelang 2025 

Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menyasarkan hampir 1,000 usahawan tani di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri setiap tahun menjelang 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, Jabatan Pertanian juga menyediakan Pelan Strategik Pertanian 2024-2028 dengan memberi fokus memperkasa aktiviti pertanian di Kelantan bagi tempoh lima tahun. 

- Advertisement -

Katanya, Dasar Bertani Satu Ibadah dan Pelan Tindakan Strategik Pertanian 2021-2025 yang diperkenalkan kerajaan negeri diharap menjadi rujukan gerak kerja jabatan dan agensi yang terlibat sektor pertanian dan penternakan.

“Pelan tersebut menyentuh sektor pertanian, penternakan, perikanan, bioteknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), usahawan tani, agro pelancongan, industri asas tani dan pemasaran.

“Bagi sektor penternakan, kerajaan menyediakan beberapa pelan strategik di peringkat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) iaitu Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF PLAN 2021-2025) dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara (2021-2025),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada soalan Mohamad Nasriff Daud (PAS-Pengkalan Pasir) pada Persidangan DUN semalam. 

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, sasaran utama usahawan ternak di setiap jajahan melibatkan 35 penternak lembu pawah, 10 penternak Rezeki Ternak, tiga penternak Agropreneur Muda.

Selain itu, ujar beliau,  tiga penternak Projek Insentif Kadar Kelahiran 60 peratus bagi seluruh Kelantan.

“Seramai 15 pengeluar makanan ternakan, enam outlet kedai daging, lima penternak Persijilan NAIMbif dan 37 penternak lembu tenusu seluruh Kelantan.

“Melihat  kepada dasar perancangan yang dinyatakan,  sehingga kini kita mempunyai 22 ladang (195 ekor induk dan 25 ekor jantan charolais) serta 72 jurusuntik permanian beradas buat sendiri (DIY) teramai di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/3/2024

- Advertisement -