PAS sokong inisiatif MKI perkasa syariah – Naib Presiden

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menyokong penuh inisiatif yang dijalankan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dalam memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, usaha memartabatkan Undang-undang Syariah adalah perjuangan PAS sejak dahulu lagi sama ada berada di luar kerajaan dan juga ketika beliau ditaklif menjadi Menteri Agama dan sehingga sekarang.

- Advertisement -

“Kerjasama semua pihak tanpa mengira parti atau kumpulan amat diperlukan agar pindaan Perlembagaan Persekutuan dapat dijayakan bagi mempertingkatkan bidang kuasa Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri-negeri.

“PAS beri jaminan bahawa sebarang usaha untuk memperkasa dan memantapkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah ini pastinya akan mematuhi prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Dan tidak ada sebab untuk sebahagian rakan kami yang Muslim atau rakan-rakan kami yang bukan-Muslim merasa gusar dengan usaha-usaha ini,” ujar Ahli Parlimen Bagan Serai di dalam satu kenyataan pada hari ini. – HARAKAHDAILY  19/2/2024

- Advertisement -