Pelajar sekolah YIK terima sumbangan zakat AYSB

Mohamed Fadzli menyampaikan sumbangan zakat daripada Akademi Yakin Sdn. Bhd. (AYSB) kepada pelajar sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
- Advertisement -

KOTA BHARU: Akademi Yakin Sdn. Bhd. (AYSB) telah menyampaikan sumbangan zakat kepada seramai 335 pelajar sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pemberian zakat itu diberikan kepada pelajar terpilih melibatkan lima buah sekolah.

- Advertisement -

Menurutnya, antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Ugama  Arab (SMUA) Shamsul Maarif lilbanin dan lilbanat, Maahad Tahfiz wal Qiraat Pulai Chondong, SMUA Banggol Judah dan SMUA Al-Hasaniah Pangkal Chuit, serta sebuah pusat pendidikan swasta, Maahad Tahfiz Azzahari. 

“Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memajukan bidang pendidikan di negeri ini dengan memperuntukkan belanjawan RM137.2 juta untuk tahun 2024. 

“Peruntukan khas itu bagi menyokong pelaksanaan program pendidikan di bawah pengurusan YIK,” katanya selepas selesai menyempurnakan majlis penyampaian zakat di Dewan Majlis Daerah Machang, semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Nik Jessin Tan Sri Nik Hashim dan Ketua Jajahan Machang, Mohd Zamri Ibrahim.

Tambah Mohamed Fadzli, beliau turut berterima kasih sekali gus menyifatkan sumbangan AYSB itu sebagai komitmen terpuji daripada pihak swasta  yang mendokong aspirasi Penghayatan Membangun Bersama Islam (MBI).

Beliau turut memberi amanat kepada para pelajar dan menggalakkan mereka beriltizam dan tekun menimba ilmu. 

“Kesusahan yang dihadapi hendaklah dijadikan pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan dan perubahan masa depan diri dan keluarga,” katanya.  HARAKAHDAILY  2/2/2024

- Advertisement -