Ibu bapa dan guru contoh terbaik anak-anak

Mohd Ridzuan (duduk, lima dari kanan) bersama-sama barisan pelajar, guru dan waris PASTI Furqan.
- Advertisement -

PADANG BESAR: Ibu bapa dan guru-guru disarankan menjadi contoh tauladan terbaik buat anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, kaedah pendidikan yang diwarisi oleh Sheikh Abdullah Nasih Ulwan melalui bukunya amat sesuai dijadikan sumber rujukan ibu bapa dan guru-guru. 

- Advertisement -

“Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya memberi pelbagai kaedah contoh tauladan seperti adat kebiasaan, pemerhatian, pengawasan, hukuman, serta bimbingan.

“Kaedah itu boleh dirujuk semua pihak terutama ibubapa dan tenaga pengajar,” katanya pada Majlis Anugerah Prestasi PASTI Furqan Pauh, di sini, hari ini. 

Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Chuping, Padang Besar itu turut dihadiri guru-guru dan waris pelajar. 

Ia merupakan acara penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang pendidikan prasekolah.  HARAKAHDAILY  2/2/2024

- Advertisement -