RM687 juta, harga Douglas Luiz – Aston Villa

Bintang Aston Villa, Douglas Luiz kini menjadi buruan banyak kelab berprofil tinggi, terutama Arsenal untuk mendapatkan khidmatnya. (FOTO: The Athletic).
- Advertisement -

BIRMINGHAM: Aston Villa telah menetapkan harga permintaan yang tinggi bagi mendapatkan khidmat Douglas Luiz untuk menangkis minat daripada Arsenal dan kelab-kelab lain.

Bukan rahsia lagi bahawa pemain tengah Brazil itu merupakan komoditi ‘hangat’ yang sedang dicari oleh kelab-kelab ternama bola sepak dunia pada ketika ini.

Persembahannya untuk Villa telah menarik minat kelab-kelab berprofil tinggi, dengan Arsenal telah berada di hadapan barisan untuk beberapa lama untuk menyambar Luiz.

- Advertisement -

The Gunners berulang kali cuba mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu pada jendela perpindahan sebelum ini dan ia akan melakukannya sekali lagi pada Januari 2024, lapor FootballTranfers

Seperti yang didedahkan secara eksklusif oleh FootballTransfers pada awal Nov, Aston Villa enggan melayan pendekatan terbaru The Gunners untuk Luiz, tetapi ia memberitahu rakan sejawatannya  di utara London bahawa ia akan bersedia untuk menukar ‘permainan tarik tali’ bagi mendapatkan Luiz dengan bayaran yang ‘luar biasa’ tingginya.

Sehubungan itu, Villa dilaporkan menuntut sebanyak  £110 juta (RM647 juta) untuk perkhidmatan Luiz, mengatasi £105 juta yang dibayar Arsenal untuk Declan Rice pada musim panas lalu.

Arsenal, walaupun menilai Luiz sebagai pemain yang hebat, namun ia tidak berniat untuk membayar wang dalam jumlah yang setinggi itu, terutamanya kerana The Gunners mungkin akan menggunakan polisi satu (pemain mahal) masuk, satu keluar pada bulan Jan 2024.

FootballTransfers melaporkan awal minggu ini bahawa kelab utara London itu sanggup mengorbankan Eddie Nketiah untuk membiayai perpindahan untuk penyerang elit itu, jadi tidak mungkin ia akan memecahkan rekod perpindahan pemainnya ke atas pemain tengah lain tanpa beberapa pemain berprofil tinggi.

“The Gunners mungkin bersedia untuk ‘membeli’ Luiz dengan harga setinggi £60m, tetapi itu masih jauh di bawah ambang yang akan memecahkan keazaman Villa untuk mengekalkan pemain itu,” lapor FootballTranfers lagi.

“Villa boleh menerima bayaran sekitar £80 juta jika pemain itu (Douglas Luiz) mendesak untuk berpindah,” tambah laporan itu.

Villa dilaporkan mengakui bahawa setiap pemain mempunyai nilai harganya yang tersendiri, tetapi itu tidak mengubah pendirian umumnya bahawa ia tidak mahu menjual pemain tengah yang bertaraf bintang  itu di tengah-tengah cabaran yang boleh dipercayai untuk mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara kelak.  HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -