MPKK lantik 5,031 ahli liputi 387 lokaliti Perlis

Mohd Shukri pada majlis pentauliahan ahli Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
- Advertisement -

KANGAR: Seramai 5,031 individu dilantik sebagai ahli  Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) meliputi 387 lokaliti di Perlis.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya yakin kesemua  individu yang dilantik itu terdiri dari mereka yang tekun dan ikhlas menunaikan tanggungjawab.

- Advertisement -

“Saya amat yakin kesemua ahli MPKK yang dilantik sesi baharu ini adalah individu yang tekun dan Ikhlas menunaikan tanggungjawab, anda semua adalah pemudah cara buat rakyat. 

“Maka, permudahkan urusan rakyat di bawah seliaan anda sebaiknya, dalam membantu rakyat ketepikan soal politik dan fahaman masing- masing.

“Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini,Jadikan amanah ini sebagai jalan untuk mendapatkan pahala dan mencari keredaan Allah SWT,” katanya ketika berucap dalam majlis pentauliahan ahli MPKK di Dewan 2020, di sini, malam tadi.

Majlis Pentauliahan Pengerusi Dan Setiausaha MPKK itu akan bermula bagi penggal pertama bermula 1 November 2023 sehingga 31 Disember 2025.

“Secara keseluruhannya, bilangan cawangan MPKK yang telah dipersetujui adalah sebanyak 387 cawangan.

“Setiap satunya terdiri daripada seorang Pengerusi, dan Setiausaha dan sebelas orang Ahli Jawatankuasa, yang menjadikan jumlah keseluruhan ahli jawatankuasa MPKK di negeri Perlis ini seramai 5,031 orang,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -